Followers

Thursday, April 22, 2010

Ini ialah product untuk kurangkan lemak@kegemukkan di perut, tangan dan pinggul


Product review.
Hari Jumaat lepas, barulah aku jumpa benda yang aku hendak cari ini. Sememangnya aku ini amat jarang keluar kemana-mana pun. Hatta di office pun kerja ialah memerap sahaja. Juga dirumah keadaannya. Kesimpulannya aku memang jarang berjalan-jalan sekarang ini.

Biasalah kan, aku ini memang tengah tahap tidak kurus sekarang ini. Maka semestinya aku usahalah sekadar yang mampu untuk mencuba untuk menguruskan badan juga muka aku yang tembam itu. Alhamdulilah setakat ini muka aku kurang sudah ketembaman nya.

Ini ialah product untuk kurangkan lemak@kegemukkan di perut, tangan dan pinggul. Ialah tempat-tempat biasa bermasalah bagi kebanyakkan perempuan, aku rasalah. Sila klik pada tulisan merah/pink untuk lebih informasi. Bioessence

Hatta setelah aku membaca mengenai bioessence ini, aku jadi terpikat. Mungkin aku boleh cuba product ini. Aku jumpa product ini di Guardian. Itupun cuma tinggal pek kecil itu. Yang besar-besar sudah habis. Memang ada pek besar yang terdapat ketiga- tiga cream sekali dalam harga RM 70 lebih kot after less, kalau tidak silap aku. Ada juga pek sederhana yang dijual satu cream CC Inchloss Body Cream sahaja, berharga dalam RM12.88 lebih. Manakala CC Celulitte Treatment RM 40 dan CC Inch Shower Scrub dijual dengan harga yang berlainan. Tidak ingat aku berapa harganya. Aku memang sahaja beli saiz kecil dahulu. Ialahkan, nanti kalau beli pek besar terus, takut product tidak serasi pula.

Aku mula memakai kesemua sekali product pada hari Sabtu. Memang terasa panas sahaja ditempat-tempat yang di letakkan cream as soon as within 5 minutes dipakai. Lepas itu aku pakai lagi semula pada pagi Selasa, kali ini aku tidak memakai CC Inch Shower Scrub. Ermm memang tidak berkesan rasanya. Tiada langsung rasa hangat. So memang kena pakai ketiga-tiga sekali baru ada rasa hot.
Hatta begitulah, kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Hik hik, ikut rajin kan. Sebaiknya pakai lepas mandi pada waktu pagi dan petang. Tapi aku still mencuba dan kalau sudah habis pek kecil ini, aku hendak beli pek sederhana pula.

4 comments:

Mr mama said...

mujarab ke benda tu...

Ms Haslina said...

ermm..tengah cubalah nie..tak tau lah ok atau tidak...

ASSOYFINGER67 said...

Salam ...semuga berjaya.apapun roduct yang penting hati mesti mau...sure berjaya...hijrah dari gemuk ke sedap mata memandang untuk orang yg anda sayang adalah satu ibadah...good luck!

Ms Haslina said...

salam kembali..itulah mmg kena displain kuat..

insyallah..tq
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails