Followers

Thursday, April 8, 2010

Mari aku hendak cerita mengenai WIRE JEWELRY.


Minggu ini apabila malam inilah kerja aku membuat gelang. Kan aku beritahu hari itu yang aku pergi kelas ________. Mari aku beritahu, aku menghadiri kelas WIRE JEWELRY di Wangsa Maju. Bayaran yuran ialah RM80 untuk dua jam kelas. Maaf pictures aku, tidak cantik@sharp. Biasalah taken dari handphone sahaja.Iye aku sudah dekat 2 tahun jatuh cinta dengan WJ ini, tapi selalunya aku tidak berkesempatan untuk menghadiri. Kali ini aku nekad. Hatta yuran pendahuluan sudah di tranfer, hati aku berbelah bagi lah pula.

'betul ke aku hendak belajar buat menda ni?'

Memang aku rasa macam hendak atau tidak pergi. Rasa tidak confident. Walhal dari satu sudut lagi aku ibarat tidak sabar untuk menunggu hari ahad untuk menghadiri kelas itu. Aku keliru.
Sampai pagi ahad itu, aku seperti biasa memasak breakfast dan terus juga memasak lunch sekali kalau aku rajin. Kerana aku tidak breakfast walaupun mee hoon sudah dimasak, aku terus lunch apabila semua sudah dimasak. Masuk jam 1.30pm aku sudah keluar dari rumah. Terasa janggal kerana aku jarang buat apa-apa aktiviti hari cuti berseorangan. Semuanya selalunya mesti dengan hubby and anak-anak.
Jantung aku bergerak laju sahaja. Entahlah rasa macam cemas sahaja. Ialah 1st time buat macam itu. Aku memang jenis kalut juga kadang-kadang.

Masuk kedai dan juga tempat untuk kelas dibuat aku rasa sedikit ok dan happy. Sebab akhirnya aku sampai juga ke tempat itu. Selama ini aku hanya tengok everything di internet sahaja. Tetiba rasa teruja amat sangat. Habis seluruh kedai aku round disamping melihat beads, tools, magazines, wires dan banyak lagi khas untuk membuat accessories from wire jewelry. Aku tenggelam dalam dunia yang aku lihat diinternet hari-hari sebelum ini. I just luv it.

Kelas bermula. Mari aku hendak cerita. Yup cikgu yang ajar Cina dan 3 orang students lain seperti aku juga Cina. Customer yang datang pun ramai Cina. Aku rasa macam berada di Singapore lah pula kalau dikelilingi oleh Cina ramai-ramai ini. Biasalah kelas diajar dengan bahasa penjajah. Its ok for me lah. Apabila kelas sedang dijalankan, barulah kami berempat berinteraksi. Rasa seronok juga. Alhamdulilah aku mudah faham walaupun ini pertama kalinya aku menghadiri kelas begini tanpa pernah pergi beginner kelas. Sakit jari jemari kerana duk pusing pusing wire yang boleh tahan kerasnya. Aduhai. Tapi aku sungguh gembira apabila akhirnya satu projek kecil telah siap. Luv it so much.
Hatta sebenarnya ada banyak lagi kelas WJ ini dijalankan disitu. Insyallah kalau ada rezeki lebih juga masa terluang aku teringin hendak hadiri kelas-kelas yang lain.

Apabila kelas habis aku, aku mulakan aktiviti membeli belah. As a beginner seperti aku memang payah untuk buat keputusan apa jenis barang yang hendak dibeli tapi ok lah, ada pembantu kedai yang boleh ditanya untuk memberi pendapat. Tidaklah aku rasa lost sangat.

Malam itu memang kalau ikut kan hati hendak sahaja start membuat projek kecil, tapi aku lebih suka bersama family menonton tv dan bersuka-suka. So menjelang hari isnin untuk today aku telah membuat 3 gelang tangan beraneka warna. Design simple sahaja. Simple pun tetap sakit juga jari jemari aku, kekadang itu sampai berpinar-pinar mata sebab lama sangat mengadap benda kecik-kecik dan berkilat-kilat. Tapi hati aku puas.
Banyak design yang terbayang dikepala aku. Insyallah satu-satu aku akan realitikan nya. Buat masa ini aku hendak membuat gelang dan juga simple ring.
Sungguh rasa macam lain sekali sekarang ini kerana pergi kerja dengan gelang lip lap ditangan yang colornya matching dengan baju. Ada feel dalam hati untuk bekerja dengan hati yang gembira di office.
Ada sesiapa hendak order?.....hahahahaa

Basic tools yang aku beli. Wire, beads, pearl yang pelbagai saiz


4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waaah pelajaran baru yg sgt berguna..boleh la bukak utk order pasni..ada gak masyuuuknye..hehe..

Ms Haslina said...

gitulah mama..insyallah pelan2..kan..

maidatul said...

wah sangat seronok dengan kerja baru sekarang...
tahniah...tahniah...sangat cantiklah itu gelang...

Ms Haslina said...

tima kasih tima kasih...mmg seronok sampai sakit2 hujung jari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails