Followers

Friday, April 23, 2010

So bila kita sesama orang melayu ini boleh downkan perasaan kita gitu-gitu sahaja.

the magazine

the free give (the charm) 

Seronoknya masa aku sampai dirumah pada hari Rabu baru ini. Magazine yang aku beli online telah selamat sampai dirumah bersama dengan free gift comel. Hatta aku belum dapat membuat satu pun projek dalam majalah itu setakat ini. Oh aku begitu teruja membelek-belek majalah ini. Banyak tips dan step by step projects. Lagipun kerana memang materials untuk wire jewelry aku sudah susut. Sekarang-sekarang ini aku sedang menunggu order online aku untuk aneka bead dan juga material lain untuk aku meneruskan project kecil-kecil aku ini. Memang tidak sabar sabar rasanya untuk menunggu barang-barang itu tiba ditangan ini.

Aku sebenarnya terkilan baru-baru ini bila ada seorang member bercakap agaknya sampai bila aku boleh bertahan dengan apa yang aku buat sekarang ini. Gaya percakapannya seperti aku ini satu masa nanti pasti akan quit buat benda-benda ini. Ialahkan lagi aku tengah mencuba untuk belajar dan belajar lagi mengenai wire jewelry ini. Dan kalau ada rezeki ingin juga aku berniaga hasil kerjatangan aku itu. So bila kita sesama orang melayu ini boleh downkan perasaan kita gitu-gitu sahaja. Aku rasa sedih. Tapi itu fikir-fikir itu juga sebenarnya boleh membuat aku jadi lebih 'kuat' untuk teruskan apa yang aku buat sekarang ini.

Itu belum lagi masa mula-mula aku ingin tahu dimanakah aku boleh mendapatkan loose materials untuk membuat gelang. Masa itu aku cubalah hint sikit sahaja pada member yang sama-sama study di UTM dulu. Ialah aku tengok dia sedang giat juga business gelang ini. Sudahlah aku bertanya di Facebook masa itu, dia jawab hendak tidak hendak sahaja. In the end aku tanya lagi dimana aku boleh cari barang-barang itu. Dia cuma jawab DIJALAN TAR. See, tidak ikhlas..kan. Jalan Tar itu besar, nama kedai satu pun dia tidak bagi. So aku pun malas bertanya lagi. Kecik lagi sekali hati aku dibuatnya. Sesama melayu pun hendak kedekut ilmu. Dia lupa ke yang rezeki ini ALLAH yang beri, kenapa hendak takut, takut aku ambil customer dia ke?. Alahai tolonglah....jangan think negative lah.
Alhamdulilah ALLAH bukakan aku lebih banyak jalan untuk belajar dan mendapat barang-barang yang aku inginkan. Lebih lagi, aku ada seorang guru perempuan Melayu yang cukup berpengalaman lagi dalam bidang ini yang sentiasa sudi untuk membantu sekiranya aku ada masalah.

Aku still penat. Hari Isnin lepas, aku ada kelas dari tengahari sampai kepetang. Manakala hari Selasa pula aku menghadiri Seminar bertajuk Achieving Better Value in Contraction Industry Through Value Managemant & Life Cycle Costing - Enhance Assets and Cost Optimization di PICC Putrajaya seharian disana. Hari Rabu pun masih ada lecture di Structure Laboratory. Letih sungguh kaki aku ini berdiri sahaja.
Memang ramai sungguh participants yang hadir. Kalau tidak silap aku semuanya dekat hendak 600 orang. Penuh Hall A hari itu. Aku pergi bersama dua orang lagi officemate yang semestinya kakak-kakak pada aku. Aku untung dapat masuk group dia orang ini, sebabnya ada lagi 5 orang officemates aku tidak dapat pergi ke seminar tersebut kerana tempat sudah penuh. Ada hikmahnya berkawan dengan orang lama ini. Dan aku gembira menjadi a part of the team.

Opening and keynote address by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Welcoming address by Tan Sri Dato' Ir Jamilus Hussein



7 comments:

Mr mama said...

verey....very.....very....xpensiv hoby....what to do..

Ms Haslina said...

ermmm...iyea lah tu...

Eliss said...

rajinnya..lepas ni buleh jual.me nak free satu :) hehehe

mamaarifakeemaisy said...

takpe abaikan je mereka2 yg melemahkan semangat tu..janji kita happy dgn apa yg kita buat kan! pasti terasa bermakna hidup ni! :)

Ms Haslina said...

eliss ~ ahak..hehhehehe..insyallah..

mamalieyna ~ betul tu..yg penting kita happy dan ada niat yg baik...

maidatul said...

semoga apa yang akak harapkan akan tercapai...apapun SELAMAT MAJU JAYA ;)

Ms Haslina said...

amin..insyallah..tq akma...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails