Followers

Friday, April 2, 2010

4.7kg - 280110


Alhamdulilah semalam Haifa selamat cucuk ntuk 2 bulan. Aku pergi klinik kerajaan sahaja. Petang itu kami sefamily semua pergi klinik yang tidak jauh dari rumah aku. Ok gak orang tidak ramai petang semalam. Berat Haifa ialah 4.7kg. Macam biasa Haifa menangis sekejap sahaja masa di cucuk. Masuk sahaja dalam kereta dia sudah berhenti menangis. Sampai dirumah hubby terus bagi Haifa ubat demam. Dan lepas-lepas itu aku terus menyusu badan kan Haifa. Memang susu aku kurang lately ini. Tapi alhamdulilah, ada rezeki Haifa petang itu. Aku takut Haifa demam. Sebab itu susu ibu adalah ubat yang terbaik. Syukur Haifa tidak demam langsung.

Mula-mula masa Haifa dilahirkan, aku tersedih sikitlah. Bukan apa pun cuma pasal bulu mata Haifa yang pendek dan tidak melentik pun macam abang Haziq nya. Ialah kan anak perempuan mesti hendak comel-comel..kan kan.... Memang aku tidak tahu yang bulu mata ini boleh tumbuk panjang lagi. Sekarang ini bulu mata Haifa sudah lebih panjang dari masa dia dilahirkan. Alhamdulilah.

Dalam 2 hari yang lalu juga hubby beritahu aku yang air mata Haifa baru ada. Maknanya kalau dia menangis barulah nampak matanya berair. Itupun aku baru tahu yang air mata baby lambat keluar juga.

Sekarang ini memang Haifa sudah pandai kalau diagah-agah. Pandai senyum-senyum membalas balik agahan kami. Kekadang macam mahu hendak bercakap pula. Juga sudah pandai bergerak-gerak beralih tempat. Mula-mula letak atas bantal...nanti-nanti sudah turun dari bantal kepalanya. Kalau di beri tidur meniarap, memang kuat leher nya mengangkat kepala untuk beralih tidur kiri kanan.

Haziq memang aku dan hubby puji sungguh sikap dia. Walaupun tidak dinafikan dia memang aktive sesangat, sampai aku dan hubby tidak larat hendak dibuatnya. Sejak adiknya ada dia pandai tidur sendiri di comforter ditepi katil. Dulu memang dia akan tidur in between kami di atas katil walaupun masa aku pregnant. Ialahkan, memang letak Haifa tidur bersama atas katil. Senang sikit kalau dia bangun malam-malam. Sudah-sudah baby cot Haifa diletakkan di bilik lain. Sudah jarang pakai baby cot sekarang ini.

Haziq memang suka sangat menolong. Dia memang sudah tahu untuk ambilkan pamper, bedak dan apa sahaja barang adiknya kalau disuruh. Hinggakan semalam dia tunjukkan aku gambar wet tisu di suratkhabar, dia kata itu 'eyak' adiknya. Bijak sungguh. Maksudnya itu digunakan kalau adiknya 'pooh pooh'.

Semoga Haziq kekal begitu sayangkan adiknya.

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

alahai bestnyer haifa dh makin membesar, comei...teringin nak babygirl! moga2 ada la rezeki nnti! ^_^

bulu mata panjang n lentik tuk girl mesti menambah kecunannya kan..nama dah comel sgt! ^_^

Ms Haslina said...

alhamdulilah...da besar da wlupun baru 2 bulan gitu..

amin utk mamalieyna...moga dpt baby girl nanti...

itulah mula2 risau gak part bulu mata tu..rupanya tumbuh lagi dan lagi...

maidatul said...

alahai seronokkan bila tengok dua beradik seronok begini...kalau ramai mesti lagi seronok...bahagia sekali...

Ms Haslina said...

mmg pun akma..ramai-ramai lagi..insyallah..klu ada rezeki...kan

amy alisya said...

comey nya...mesti seronok n tertunggu2 untuk melihat setiap detik haifa membesar kan...

Ms Haslina said...

yq malisa...semestinya..setiap detik berlalu juga satu kenangan berharga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails