Followers

Tuesday, April 13, 2010

Laksa Johor

Alhamdulilah, pagi-pagi semalam sudah layan Laksa Johor. Kak Naemah officemate aku bawa sarapan pagi untuk satu department. Moga murah rezeki kakak ku itu...amin.

Malam isnin lepas since dari petang until kemalam gitu, kerja aku ialah dengan wire jewelry...tapi still ada break juga Macam biasa pagi-pagi ahadnya itu aku sudah kedapur memasak sarapan sekali dengan lunch and dinner...hehehhe. Lauk yang dimasak ialah kari ayam + kentang dan sup sayur campur. Masak banyak-banyak sampai kemalam sekali. Settle semua, barulah aku makan sarapan mee hoon goreng. Itu pun masa breakfast sudah lepas rasanya masa itu. Sudah masuk tengahari.

Menjelang petang, aku membuka beg wire jewelry, aku bercadang untuk membuat dua bracelets dan satu ring. Alahai suka sangat aku dengan cincin comel itu. Setakat ini aku telah membuat dua buah cincin sahaja. Kerana kekurangan bahan so aku hold dulu untuk membuat cincin dengan color lain pula. Cincin ini pula adalah jenis adjustable, oleh itu amat sesuai dipakai oleh mana-mana saiz jari. Harga yang aku cadangkan untuk dijual...itupun kalau ada orang berkenan lah..ialah murah sahaja..RM8.
Insyallah kalau hasil kerja tangan aku sudah banyak, mungkin aku akan membuat satu blog lain untuk hasil kerja aku itu.

Dalam hati sekarang ini sedang meronta-ronta untuk membuat satu jenis cincin lagi. Tapi itulah kan, barang belum beli lagi. Ish sungguh tidak sabar menunggu hari untuk membeli barang-barang yang telah di list out kan.
Masa dirumah aku sekarang ini sudah terbahagi kepada banyak bahagian iaitu family, kemas dan memasak, internet dan wire jewelry. In the end aku langsung tidak dapat menyambung bacaan novel aku. TV pula sudah-sudahlah, aku tolak ketepi untuk menonton. Asal sahaja baru membaca barang tidak sampai dua muka surat, mata sudah mengantuk. Hatta kekadang, baru hendak mencapai novel, en hubby telah pun memadamkan lampu. Habis itu hendak buat macamana, membaca kalau diatas katil sungguh damai sekali.

Aduh aduh..apa lah jadi pada hero novel aku Gareth Brendan yang tengah baru bekerjasama dengan pakciknya hatta seorang Mafia. Apalah jenis business baru yang hendak mereka buat setelah business lama dijual.

Semalam hari isnin semester March 2010 telah bermula. Amat busy office aku dengan students sana sini. Kebanyakkannya sibuk call lecturer untuk bertanya kenapa mereka boleh failed. Aduhai apa punya soalanlah itu, letih melayan telefon...mana lagi kering air liur explained pada mereka.
Nampak sangat semua orang muka ketat@stress sebab menjawab soalan-soalan students yang tidak boleh terima hakikat yang mereka failed.
Lepas ini mungkin sibuk agaknya lah. Aku kena mengajar subject Soil Mechanics, handle Structure and Highway Laboratory dan Concrete Laboratory. 
Selamat mengajar yea cikgu.

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

kita wat laksa johor tak letak telor..hehe..sedap laksa johor!

waah dasyat subjek nk ngajor tu..huhu..selamat mengajar!

Ms Haslina said...

ooo...at list tahu buat...saya ni tahu makan jea...

alahai...biasa2 sahaja menda kena ngajar tu...

mamadhea said...

blog walking.....sedapnya laksa johor..salam kenal

Ms Haslina said...

hehehe..officemate yg bawa..mmg sedap..salam kenal juga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails