Followers

Saturday, April 17, 2010

But nothing else matter lambat-lambat pun tiada apa yang pentingnya ada.

Alhamdulilah semalam semalamnya hatta hari khamis, 16 April 2010 barulah bonus kami di masukkan. Lambatkan...tapi tidak mengapa memang setiap tahun begitulah masa-masanya bonus kami dimasukkan. Paling lambat lagilah compare dengan subsidiaries company yang lain yang sedia ada sudah dapat awal bulan yang lalu. But nothing else matter lambat-lambat pun tiada apa yang pentingnya ada.

Memandangkan juga aircond di office 'rosak' pada hari khamis itu juga, kami sekereta keluar awal sikit dari office sebab tidak tahan dengan kepanasan yang ada. Mula-mula hala tuju ialah ARIANI Bangi. Erm not me ok, tapi kakak adik yang dalam kereta semuanya gatal tangan untuk merembat tudung di situ. Dan dan seorang beli 2 helai tudung..dasat kan...penangan ARIANI. Aku pula..erm...tidak membeli apa-apa, sebab aku belum masak lagi dengan tudung-tudung ala sekarang ini. Aku masih dengan ikan bawal aku lagi. Entahlah, aku tidak berkenan...tetapi lastly aku jatuh minat juga dengan tudung Tiara Ariani itu, RM60. Sampai-sampai office terus cuba tudung Tiara yang officemate beli...aduhai...terpikat sungguh.

Lepas 'berjoging' di Ariani ramai-ramai makan di Secret Recipe. Aku cuma seperti makan dibawah itu. Tapi tidak habislah juga..tomyam tersebut because..perut aku sudah kenyang. Anyway terima kasih banyak-banyak pada kak Siti Noraini sebab belanja kami berlima makan kenyang sungguh di situ. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki kak Siti....amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails