Followers

Thursday, April 1, 2010

Aku sudah di Labor room dan kisah di hospital - Old story 4.

Walaupun muka aku berkerut-kerut. Tapi aku still masih tidak mahu ke hospital sebab aku rasa aku belum hendak bersalin. Emak pula, sambil masak sambil risau sahaja kalau tengok muka aku itu.
Alhamdulilah aku sempat lunch hari itu dan layan cendol dalam peti ais. Sebenarnya aku sempat tidur dalam 1/2 jam rasanyalah lepas makan. Suka-suka aku sahaja..kan. Pada hal masa itu hubby tidak senang duduk. Lastly aku cakap pada hubby yang aku hendak kehospital sekarang.Aku terus tukar baju dan sebelum pergi itu aku peluk cium Haziq puas-puas. Ialahkan lepas ini dia sudah adik, dia bukan seorang lagi. Juga aku hendak pergi melahirkan anak..semestinya macam-macam perkara boleh berlaku.

Hospital Tuanku Ampuan Najihah tidak jauh dari rumah aku....yup hospital kerajaan tau. Ikut shortcut jalan kg, kurang 10 minutes sudah sampai. Aku cuma pergi berdua dengan hubby. Aku cakap pada emak, tidak perlulah ikut sekali. Takut nanti lambat aku bersalin...penat pula emak dan abah tunggu. Sampai dihospital aku perlu pergi kebahagian kecemasan seorang diri, sebab hubby pergi parking kereta. Masuk-masuk di registration counter, aku tengok tempat duduk semuanya penuh.
Yang aku pelik, seorang pun budak remaja ramai-ramai itu yang mahu bangun bagi aku duduk. Tidak tahu ke yang aku ini hendak bersalin?...sedih betul. Aku pun fikir, tidak akanlah aku hendak berdiri sambil tunggu hubby. Dengan selamba aku terus minta kebenaran duduk di kerusi untuk orang mendaftar. Memang aku diberi duduk. Terus orang itu tanya, aku hendak mendaftar sakit apa?.
Aku cakap aku hendak bersalin.
Staff di situ ambilkan aku kerusi roda dan aku disuruh duduk disitu. Lepas sahaja hubby sampai, hubby tolakkan aku ke labor room di tingkat satu hospital.

Di labor room selepas mendaftar aku mula diperiksa di bahagian bawah untuk tengok opening?. Baru 1 cm. Aku disuruh duduk dahulu. Masa itu dekat jam 2 pm lebih kalau tidak silap aku. Tidak lama lepas itu, aku diperiksa sekali lagi, sudah 4 cm rasanya.
Lepas itu terus Doc suruh aku masuk ke labor room. Baju aku ditukar. Kena start baring sudah. Jarum dicucuk ditangan untuk masukkan air. Masa itu aku sudah rasa contraction yang memang kerap sesangat. Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya masa itu. Memang sebelum aku dimasukkan ke labor room, memang aku masih boleh menahan sakit contraction aku. Tapi as soon as air ketuban dipecahkan...aku rasa contraction makin kuat dan sakit sesangat.
Sampai satu tahap aku sudah letih sangat-sangat, sebab aku tidak berdaya menahan sakit, sudah rasa hendak pengsan pun ada. Opening aku terperlahan semasa sudah sampai 7 cm.
Aku dipakaikan oksigen, kata nurse degupan jantung baby macam lemah sikit. Rimas sungguh aku dipakaikan mask oksigen. Sudahlah menahan sakit, kena tarik dan hembus nafas untuk kurangkan sakit. Susah hendak bernafas rasanya.

Aku tidak tidak tengok jam pukul berapa. Tapi aku sudah tidak dapat menahan sakit yang amat sangat. Aku cakap pada nurse yang aku hendak teran. Terus Doc check dibawah, dan bagi kebenaran untuk teran. Alhamdulilah dalam 2 atau 3 kali teran, aku selamat bersalin. Memang mudah sekali, terasa sungguh bagaimana baby bagai meluncur keluar.

Hubby memang tiada bersama aku di labor room. Hubby cuma diberi masuk ketika kepala baby sudah nampak. Dan selepas melihat jantina baby, hubby diminta keluar. Hendak pegang tangan hubby pun aku tidak sempat. Sekejap sangat semua itu berlaku.
Aku bersalin tepat jam 4.48pm. Dalam masa 3 jam aku sakit contraction yang teruk. Aku bersalin normal tanpa apa-apa injection. Alhamdulilah.

Doc dan nurses yang bertugas dan menyambut baby aku semuanya baik-baik. Aku impress sungguh dengan hospital kerajaan ini.
Still kena jahitan..mungkin satu atau dua atau dua setengah. Ikut apa yang aku rasalah semasa staff nurse sedang menjahit aku.
Aku cuba tanya pada nurse, tapi dia jawab sikit sangat jahitnya...malas saya hendak kira. So aku agak-agak sahajalah dari apa yang aku rasa. Memang aku tidak merasa sakit semasa dijahit. Bukan kerana aku diberi ubat tahan sakit pun. Tapi bagi aku sakit bersalin tadi lagi sakit so aku rasa jahitan sudah tidak sakit lagi. Aku rasa normal sahaja.

Aku ditolak keluar dari labor room dalam jam 6pm lebih rasanya. Terus dimasukkan ke wad. Sesambil aku ditolak. Haziq, hubby, family abang ngah dan parent aku semua ada diluar labor room. Memang aku minta single bed room. Alhamdulilah ada kosong hari itu, sebab aku diberitahu yang wad lepas bersalin memang penuh hari itu.

Yang kelakar sikitlah kan, masa aku masuk ke labor room aku tengok semua ibu-ibu mengandung dalam itu pakai baju hospital dan mereka ditolak dari wad. Tapi aku pula masuk labor room dengan seluar preggy dan t-shirt. Santai sahaja...macam bukan hendak bersalin pun. Padahal masa itu sudah one day over due date aku. Aku memang tidak mahu duduk wad selagi aku belum betul-betul sakit contraction yang kuat. Kalau sikit-sikit itu memang aku tahan kan sahaja lagi. Aku tidak minat duduk dihospital lama-lama.
Satu hal lagi, disebabkan semasa aku menahan sakit aku kurang sedar juga bagaimana tangan aku duk pegang sana sini. Kejap pegang tangan nurse...tangan Doc pun aku pegang juga. Suka aku sahaja. Ialah tengah sakit sangat, bila pegang tangan itu aku rasa dapat release sikit.
Funny part ialah, masa nurse hendak buka jarum ditangan aku, nurse terkejut aku pun terkejut. Jarum ditangan aku dari lurus sudah membengkok berbentuk U shape. Punyanya aku menahan sakit, sampai tidak sedar yang jarum aku sudah jadi begitu. Tapi tidak sakit pun.

Esoknya aku check out jam 5 pm. Aku ditahan until masa itu, sebab aku berdarah O+. Darah ini berkemungkinan besar boleh mendapat jangkitan demam kuning. Sebab itu Doc tahan aku until 24 hours selepas bersalin. Alhamdulilah Haifa tidak dijangkiti demam kuning sama macam Haziq dulu.

I'm done.

4 comments:

Unknown said...

salam haslina..kat ruang N3 nuffang tu tak leh tulis komenlah..

sekarang memang nuffang tak suka klik mengklik...biarlah klik seikhlas hati.

Ms Haslina said...

itu lah kan kak...peringatan utk semua org sekali...

Unknown said...

oh, orang yang berdarah O ni kalau bersalin mmg kena tahan yea sbb takut kena jangkitan demam kuning? kalau macamtu nanti one day bila sy kahwin and lepas bersalin, kena tahan jugak lah yea? hee. :P

suka baca cerita ni. comel sgt. coz sy mmg suka dengan cerita yang berkaitan ibu ibu mengandung ni. :)

Ms Haslina said...

a'ah Juaini..gitulah yang Doc explain kena tahan at list within 24 hour dari lepas bersalin..

tp alhamdulilah..dua2 anak tidak pernah kena kuning..kuasa allah kan..alhamdulilah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails