Followers

Sunday, April 4, 2010

Aku cuma tukang masak amatur.

Sambal telor rebus...kesukaan aku ini. Yang pasti telur mesti digoreng selepas direbus.

Sup ayam campur ubi kentang.

Sayur campur.

Macam biasa hari cuti, hari sabtu pun kena bangun pagi. Oh tidak mengapa, aku sahaja rajin untuk memasak breakfast dan juga terus sekali masak untuk lunch. Lagipun rumah sunyi sahaja, semua masih di katil. Haifa pula sedang aku potong ayam, dia nangis sebab hendak susu. Aku ambil dia dan letakkan dalam baby seat. Aku letak baby seat menghadap aku sedang memasak, biar dia nampak mama dia tengah masak.

Aku hendak berkongsi tip tentang menggoreng mee hoon. Memang bagi yang sudah profesional memasak tentu tiada hal part goreng mee hoon...kan. So aku kongsi ini untuk yang masih amatur. Macam aku cuma tukang masak amatur lagi pun.
Sebaiknyalah, mee hoon digoreng biarlah hingga kering. Sebab kalau masih begitu basah, nanti mee hoon tidak tahan lama. Kalau aku goreng mee hoon memang selalu makan hingga ke petang sekali. Lainlah kalau hendak dihabiskan makan masa itu juga, tidak kisah basah-basah gitu. Aku memang suka mee hoon yang digoreng kering. Juga mee hoon hendaklah sentiasa di kacau semasa digoreng untuk pastikan kicap serata pada mee hoon.
Satu lagi, sekiranya mee hoon sudah digoreng kering, semestinya akan meninggalkan kerak pada kuali. Oleh itu kalau boleh air yang di gunakan untuk merendam mee hoon tadi janganlah dibuang, tapi boleh digunakan lagi. Setelah mee hoon di letakkan didalam bekas, masukkan air tadi dan panaskan semula kuali sebentar. Hasilnya kerak pada kuali tadi akan tertanggal. Hatta kerja memcuci kuali menjadi senang tanpa perlu menyental kerak yang keras tadi.

Breakfast simple, mee hoon goreng.

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

lama tak goreng bihun tuk sarapan..huhu..kurang kerajinan..! haish..^_^

Ms Haslina said...

ahak..biasalah kekadang kt yg bkerja ni waktu2 cuti nak berehat...kan..

at list mee hoon tu leh mkn utk ptg sekali...l

Zulkarnein said...

Terasa lapo plak bila tgk menu nih

Ms Haslina said...

hahahahha..semestinya klu part makanan..tgk pun boleh lapar..tq for coming...

Ken Wooi said...

you may be amateur.. but sure better than me =P

Ms Haslina said...

hahahaha....maybe or not maybe...tq for coming to my blog...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails