Followers

Monday, April 5, 2010

Mampukah aku dan hubby.

Happy family. Erm..alhamdulilah lah..kekadang itu memang happy sesangat kekadang berdurja juga tapi keadaan itu tidak lama..alahai sama juga macam family lain yang ada 2 orang anak kecil macam kami. Lagipun sudah namanya hidup semestinya sentiasa berpusing bergerak ibarat roda. Ramai orang bertanya pada aku kadang-kadanglah..erm tapi betul ke ramai?. Adalah sikit-sikit..bolehlah.

'Macamana keadaannya bila sudah ada anak dua?.'
'Adakah lebih penat atau jadi kelam kabut ke?.'
'Cukup ke tidur malam-malam?.'

Sebenar-benarnya jujur aku katakan, Pada mulanya aku sendiri pun takut, kalut, cemas,,..takut tidak dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ini. Kerisauan selalu bermain dikepala aku bila memikirkan keadaan ini apabila semasa mengandung dahulu.Aku ini sudah-sudah adalah anak manja. Manakala hubby yang aku tengoklah, tidak lah anak manja. Sah-sah dia anak sulung, mana ada manja-manjanya....'iyea ke bang?'.

'Mampukah aku dan hubby menjaga dua orang anak?.'
 
Apa kata kita cuba lihat dari perkataan MANJA itu sendiri. Perkataan manja itu sudah nampak macam lembut-lembut dan hopeless gitu. Adakah benar juga seorang anak manja itu sebenarnya seorang yang tidak tahu berdikari dan juga mencipta kejayaannya dalam hidup?. Tapilah...kan kalau anak manja itu akhirnya menjadi seorang mampu berjaya. Adakah perspektif padangan sinis orang terhadap anak manja itu akan berubah atau masihkan anak manja itu dilabel hitamsamakan cara hidupnya dengan perkataan MANJA?.
Kesimpulannya jangan pandang orang sebelah mata!!!. Gunakan sebaiknya kedua-dua mata yang ALLAH kurniakan supaya pandangan dan fikiran lebih terang dan jelas.

Tapi itulah kan, kuasa ALLAH melebihi segala-galanya...kita memang tidak nampak. Alhamdulilah alhamdulilah syukur aku panjatkan PADANYA..setakat hari ini, kami berdua mampu menjaga Muhamad Haziq dan Haifa Cassandra. Yup, kami berdua sahaja dengan izin DARINYA. Walaupun kami jauh dari keluarga, parent aku di Negeri Sembilan, hatta emak hubby pula di Sabah.

Kehidupan harian semestinya kadang-kadang memang 'huru-hara' juga. Ialah bila dua-dua menangis, dua-dua hendak susu, sedangkan masa itu kami pula sedang makan dengan keadaan yang sungguh-sungguh lapar atau tengah tidur dengan penuh kepenatan. Tapikan demi anak automatik, kesabaran pengorbanan itu datang berbakul-bakul..amin. Kerana mereka juga aku dan hubby akui yang kami telah berubah kepada cara hidup yang lebih baik dan matang daripada sebelum kami bergelar mama dan baba. Ada masanya dua-dua sekali tidur awal, sudah-sudah....memang serba tidak kena dibuatnya kami berdua, macam ada yang tidak kena sahaja. Iyalah, sudah biasa bising sudah biasa ada yang mengacau sahaja...tetiba semua jadi senyap sunyi. Macam itulah kan, bila sudah biasa 'susah'...bila sudah senang...terkapai-kapai lah pula.

Yang pastinya aku tidak pernah menyesal dengan hijrah yang aku telah aku lakukan. Hatta dengan keadaan kehidupan yang totaly amat berbeza daripada semasa zaman bujang. Aku bahagia menghadapinya disamping hubby dan 2 orang anak yang comel.
Laginya...keadaan situasi dan kehidupan orang berkeluarga membuat MOTIVASI positif dalam diri untuk menjadi lebih kuat untuk berjaya..itu yang seronoknya.
Tetiba aku ada benda baru yang tidak pernah-pernah aku terfikir hendak buat masa bujang dulu, tapi aku sedang buat sekarang ini....syok sungguh.

Semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup kami, tetapkan iman kami dan memurahkan lagi rezeki kami sekeluarga....amin.


credit to this --- > http://www.facebook.com/note.php?note_id=227986410216
Hijrah Di Jalan Allah
Makna hijrah selain dari kata asalnya mencakup banyak arti. Diantaranya menurut Rasyid Ridha adalah menolong sesama Muslim agar tidak terjerat oleh hasutan agama lain agar masuk ke agama mereka. Dan tentunya bantuan ini sangat berharga bila berbentuk dana untuk pendidikan mereka, makanan, obat-obatan dan lainnya.
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang Luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nisa: 100)

Tawwakal
“Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapa, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibn Mubarak, Hakim, Musnad asy-Syihab. Sanadny disahihkan oleh Ahmad Syakir dan Al-Albani)

Silaturahim
“Siapa saja yang suka agar rezekinya luas, dipanjangkan umurrnya, maka hendaklah ia menperbanyak silaturahmi.” (HR. Bukhari)
Maksud dari dipanjangkan umur dalam hadist ini adalah berkah umur menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Barri.
“Belajarlan tentang nasab (garis keturunan) sehingga kalian bias menyambung silaturhami. Karena sungguh silaturahmi itu adalah (salah satu cara) menimbulkan kasih saying antara keluarga, (sebab) luasnya rezeki dan bertambah usia (berkah umur).” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Hakim. Syaikh Ahmad Syakir dan Al-Albani mensahihkannya)

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Mampu..Insyaallah..!

kita pun anak manja gk,sbb anak pompuan bongsu gitu, tp bila dh ada family sendiri mo, pelan2 belajar jd kuat! kdg2 terduga jugak iman, tp alhamdulillah setakad ni masih mampu..insyaallah bila dah tmbh ahli keluarga, harapnya masih mampu.Kita kan makin beranjak dewasa, pasti kematangan tu akan datang dan makin bertambah! ye idak?..hehe..

Ms Haslina said...

amin..

hahaha..kita serupa rupanya..betul tu mamalieyna...syukur juga bila ada suami yang benar2 memahami dan memberi sokongan atas kemahuan kita utk berubah..

berjauhan dari family sendiri membuatkan kita menjadi lebih matang..

Ina Hashim said...

ehem lin...

baru 2 orang tuh...akak nih dahle PJJ...nak masuk 5 orang dah ni..huhu

Ms Haslina said...

itulah kak..tapi sememang memangnya anak-anak benar-benar mendewasakan kita..

semoga akak sihat selalu dlm menjalankan kehidupan harian...amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails