Satu-satunya pokok bunga hidup di rumah aku. Mula-mula sila abaikan keadaan dan juga barang-barang di sekeliling pasu bunga aku itu. Aku ini memanglah minat pokok hidup. Tapi aku tidak suka yang bunga banyak-banyaklah. Takat bunga yang sekuntum sahaja macam aku punya itu..yup aku suka. Asalnya aku hendak pokok yang lain masa aku mintak dekat emak masa aku hendak balik keKL lepas habis berpantang hari itu. Aku hendak bunga yang berdaun sahaja...yang tiada bunga. Senang hendak jaga. Kerana sebenar-benarnya aku memang tidak pandai menjaga apa-apa jenis pokok hidup sekali pun. Semuanya umur pendek kalau sudah sampai ke dalam jagaan aku. hehehe..
Tapi fikir-fikir rupanya aku tersalah minta pokok dengan emak. Tidak mengapalah..aku cuba jaga jugalah pokok bunga ini.
Semoga pokok bunga ini kekal berumur panjang dengan tangan aku...amin.
Pernah sekali pokok bunga berdaun aku sepasu sahajalah dulu, alhamdulilah hidup segar aku jaga. Siap beranak-anak lagi pokok itu..aku suka sekali. Tapi sayang ia mati bukan kerana tangan aku tapi kerana anak kesayangan aku itu, Haziq duk geram dengan daun yang berjuntai-juntai dari pasu itu. Langsung ditariknya dan itulah pengakhir hidup pokok itu. Pasu selamat pecah sebab jatuh kelantai. The end.
Lama juga aku ambil masa untuk kembali 'membela' pokok kedua. Hatta ada dikg hari itu, dan sememangnya pokok bunga emak semuanya segar cantik. Tangan emak memang tangan 'hijau', semuanya menjadi sahaja kalau emak tanam.
Sedangkan anaknya ini, aduhai tangan 'panas' part tanam menanam ini. Aku ambil iktibar supaya jangan sekali-kali memilih pasu yang mempunyai daun daun yang berjuntai juntai. Semestinya nanti menjadi tarikan hero comel aku itu untuk main tarik-tarik.
Sudah namanya budak budak, boleh ada satu kejadian cuti baru-baru ini. Aku macam biasa gigih masak brestakfast sekalikan masak untuk lunch juga. Haziq pula sedang main-main diruang tamu, tetiba dia datang dekat aku cakap,
'mama, Haziq hendak tengok panas kat uar.'
Maksudnya Haziq hendak tengok hari panas di luar. Aku cakap tengoklah. Terus dia ambil kerusi plastik kecik dia dan letak ditepi tingkap. Dia panjat dan tengok keluar sambil mulut dia tidak berhenti bercakap,
'mama panas...mama panas' refer pada panas diluar.
Tapi itu cuma trick dia sahaja aku rasa kerana selepas itu dia rancak mencucuk-cucuk tanah dalam pasu bunga aku itu. Hatta tujuan utama Haziq berdiri atas kerusi ditepi tingkap adalah hanya untuk mencucuk tanah dipasu aku. Aduhai..anak oooo anak. Katanya,
'mama, Haziq ucuk pulak Haziq ucuk pulak'.
Patutlah sebelum-sebelum ini aku lihat tanah dalam pasu aku itu macam cerca merba sahaja. Pelik juga aku. Rupa-rupanya aku ada pembantu peribadi kecik. Alahai...