Followers

Sunday, April 11, 2010

Tahniah pada pasukan NOGORI den NEGERI SEMBILAN atas kemenangan menjulang PIALA FA.

Teaser poster.

Penyokong Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Gol pertama Negeri Sembilan.

 
Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM). Credit to Kelab, semua pictures aku ambil dari Facebook Kelab.

Ahamdulilah dan tahniah pada pasukan NOGORI den NEGERI SEMBILAN atas kemenangan menjulang PIALA FA malam tadi. Memang tengahari semalam aku ada macam teringin untuk ke Stadium bersama hubby untuk menonton secara life perlawanan bola sepak. Asalnya aku menonton berita tengahari di TV1 yang menyatakan bahawa tiket perlawanan berbaki dalam puluh ribu juga dalam masa pagi semalam. So confirm tiket masih banyak lagi. Tapi fikir punya fikir..erm banyak perkara hendak perlu dibuat. Terutama menghantar anak-anak kerumah kakak aku di Puchong. Memang dokek je rumah kakak dengan area Bukit Jalil. Hatta rancangan dibatalkan.
Baru aku tahu juga yang harga tiket ialah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Malam tadi pada mulanya memang seronok juga menonton tv. Masuk sahaja gol pertama dari Kedah aku sudah hendak masuk tidur. Bukan kecewa, tapi aku tidak larat sangat, rasa tidak sihat sejak dari petangnya. Cadang hendak tidur dalam sejam gitu. Sudah-sudah until habis perlawanan aku terlelap. Tapi kekadang terjaga juga, akibat jeritan hubby yang sudah menjadi penyokong Negeri Sembilan. Keluar parti  Sabah nampaknya hubby.
Sungguh rugi rasanya tidak dapat menonton malam tadi.

Negeri Sembilan memerlukan tuah untuk menang atas tiket penalti dan kembali menjulang Piala FA dengan menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir edisi ke-21, sambil terus mengesahkan mereka kuasa baru bola sepak negara selepas menggondol Piala Malaysia, musim lalu. Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit kerana kedudukan masih terikat 1-1.Ini adalah kemenangan kedua Negeri Sembilan selepas 2003. Sementara itu, pemain Kedah Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala  Helmi Eliza sebagai penjaga gol terbaik.
Tahniah juga kepada Wan Jamak Wan Hassan.

7 comments:

Tengku Mohammad Firmansyah said...

nice story

Ms Haslina said...

tq...

mamaarifakeemaisy said...

wooo kedah kalah! huhu..sedeyy..kita tengok la mlm td bola, tp selang seli dgn AF..mmg tuah menyebelahi N9 la..sipi2 nak menang dh kedah tau! frust menonggeng kita mlm td..huhu..

tahniah la buat N9 yo! hehe..

~ain said...

nasib baik je pun n9 menang.. heheheh..

Ms Haslina said...

mamalieyna ~ alahai both team mmg bermain dgn baik..klu tidak tak akan permainan diseret hingga penalti..
:))

ain ~ alhamdulilah...hobin jang hobin

mr mama said...

corak permainan cam main kt `kampung`..xde semangat antarabangsa langsung..

Ms Haslina said...

amboi bang...emosi gitu..nak wat camna da gitu adat permainan bole sepak dimalaysia nie..layan je lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails