Followers

Thursday, May 13, 2010

Badminton badminton Piala Thomas.

Hatta semua orang sudah tahu yang Malaysia memang ke atas Denmark semalam. Alhamdulilah syukur pada Allah.
Ini pula aku ingin berkongsi cerita pagi di HOT F.M. Kepada mereka yang peminat badminton, kalau terlepas menonton perlawanan secara langsung bolehlah mendengar di radio tersebut pagi-pagi kerana memang topik ialah mengenai Piala Thomas sepanjang demam piala ini aku rasalah.
Pagi tadi DJ menelefon Jailaini Sidek meminta untuk mengulas mengenai perlawanan semalam. Mula-mula sekali memang dia memuji sikap Hafiz kerana persembahan yang sungguh tenang dalam perlawanan. Juga beregu pertama negara yang bermain dengan baik. Katanya Hafiz telah menebus kekalahannya hari itu semasa menentang Jepun.
Tapi bagi akulah, Hafiz ini memang ada kelebihannya, sebab dia tinggi. Hatta performance dia yang sungguh macam YOYO..kejap juara kejap lagi sudah jadi loser. Sayanglah dengan kelebihan yang dia ada, tapi tidak digunakan dengan baik.

Pandangan Jailaini untuk perlawanan menentang China ialah MISSION yang sungguh IMPOSSIBLE. Ngeri aku kejap dengan pandangan dia itu. Ialah katanya lagi China barisan permain yang sungguh kuat. Berbalik pada semasa Jailani bermain untuk Piala Thomas 1992, kemenangan negara banyak juga bergantung pada sorakan penonton hatta rakyat Malaysia.

Review dari pandangan Yap Kim Hock
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Bekas ketua jurulatih negara Yap Kim Hock meramalkan Malaysia akan bertemu China pada perlawanan akhir Piala Thomas yang sedang berlangsung di negara ini berdasarkan konsistensi kedua-dua pasukan.

“Pemain perseorangan China yang diketuai Lin Dan memang stabil tetapi beregu mereka pula agak goyang manakala kekuatan Malaysia pula pada pemain perseorangan, Datuk Lee Chong Wei serta dua beregunya Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Yap berkata walaupun banyak pihak meragui prestasi Koo/Tan yang hanya memenangi Terbuka Malaysia sejak Januari, namun rekod pertemuan menentang beregu utama China, Cai Yun/Fu Haifeng ialah 3-2 memihak kepada gandingan negara.
Mohd Zakry/Mohd Fairuzizuan di ranking ke-22 tidak pernah bertemu beregu kedua China, Guo Zhendong/Chen Xu (rangkin kelima) namun kelebihan tersebut selalunya memihak kepada gandingan negara yang gemar bertemu lawan yang tidak mengetahui corak permainan mereka, katanya.
Yap berharap Chong Wei dapat menewaskan Lin Dan terlebih dahulu untuk memberikan semangat kepada rakan sepasukan, dan perseorangan kedua, Wong Choong Hann, pula akan menggunakan segala pengalamannya untuk menundukkan lawannya dari China, Chen Jin, yang menduduki ranking ketiga dunia.
Pada pertemuan separuh akhir Piala Thomas di Jakarta pada 2008, Chong Wei mengalahkan Lin Dan walaupun Malaysia akhirnya tewas 2-3 kepada China.

10 comments:

Ken Wooi said...

keep it up malaysia team! =)

jfook said...

All the best to Malaysia team!

Ms Haslina said...

kenwoii
jffok

MALAYSIA BOLEH...
;))

Eliss said...

berdebar aku tengok hafiz main malam tadi.mcm tak bernafas.hehehe

Ms Haslina said...

eliss ~ aku cukup tgk sampai chong wei jea da x leh tgk lagi da...berdebar2 gak..wlu pun mmg nak tgkk..

bagus dengar dr radio je kan...tidak berdebar sgt..

mamaarifakeemaisy said...

Malaysia Boleh! ^_^

Ms Haslina said...

amin..semoga berjaya menjulang piala thomas...

Jong said...

I do hope that Malaysia can win but judging from their performance so far i really doubt that.

oktant said...

Malaysia boleh menang jika fokus dan bersemangat juang hingga ke mata penamat.

Masa 1992 dulu pun, team China memang kuat. Tapi semangat berpasukan Malaysia yang kental dapat mengatasi segala-galanya. :)

Ms Haslina said...

oktant ~ betul tu..mmg itulah yg dicakap oleh Jailani Sidek dan juga seorang penyokong badminton yg call radio hot fm tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails