Followers

Thursday, June 3, 2010

Bengang woiii...

Ishhkk...sudah lama aku bengang dengan orang yang memang suka TAG TAG nama di Facebook. Semestinya pasal hendak menjual baranglah. Aku tidak marah dan dengki pun kalau siapa-siapa hendak jual barang untuk menambahkan rezeki..kan. Kalau sudah pernah TAG dua tiga kali dan orang itu tidak pernah beli satu hapah pun barang-barang kau itu. In the end janganlah TAG lagi. Rimas aku sungguh sungguh.
Menggangu emosi sungguh.

Aku pun ada blog shop...nun sila lihat di belah kiri blog aku ini. Siap ada 3 blog lagi. Tapi aku faham..aku tidak boleh simply terjah TAG orang sana sini di FB. Setakat ini aku memang belum pernah TAG orang mana-mana lagi.
Orang boleh naik benci tau. Kita di FB itu hendak berkenal-kenal dan update story masing-masing.... terutama kali dengan kawan-kawan lama...kan.
Ini engkau tidak....sibuk dengan berniaga kau itu. Ada kau pernah peduli kisah orang lain.
Pada akulah HOBI TAG ini hanya atas dasar DUIT sahaja. Baik hentikanlah perangai buruk itu.

Aku ini pula memang jarang update photo aku. Tetiba kadang-kadang aku tengok sudah penuh dengan pictures ntah apa ntah. Bengang juga aku dibuatnya.
Kalau orang yang biasa aku kenal..tidak kekisahan lah untuk tumpang iklan di FB aku. Tolong-tolong kan.

Ini memang memang aku simpan dalam hati..sebabnya masa mula-mula aku hendak berjinak-jinak dengan dunia wire jewelry ini dulu. Aku pernah tanya seorang member ini di FB. Aku tanya dimana hendak membeli barang-barang loose materials. Itu pun telah berkali-kali aku duk terhegeh reply semula atas reply dia yang sepatah sepatah gitu. Dia boleh elak-elak hendak menjawab. Last dia jawab di Jalan TAR.
Bukan ke tempat itu luas. Specific nama kedai pun dia tidak mahu bagi. Tetiba aku jadi sangat sedih dibuatnya. Kenapa sesama melayu begitu. Belum pun aku mula berniaga..tapi sudah didengkinya. Mungkin takut aku ini take over business dia.
Entahlah.
Kenapa mesti lupa yang ALLAH SUDAH TETAPKAN REZEKI BAGI SETIAP UMATNYA.
Mungkin dia terlupa.

Lega sudah aku.

7 comments:

JAI said...

sabau..sabau..kang darah naik..hehe

Ms Haslina said...

hikhik..da ok da...lepas tulis tulis da terus clear jea...

mamaarifakeemaisy said...

huhu...dah lega sket eh stlh luahkan perasaan kt sini..huhu..

eina jrg ber FB..sbb mcm2 sgt halnye..rimas..setia dgn blog jer..

apa2pun masing2 ditetapkan rezeki msg2 kan..moga awak terus success ya! ^_^

Ina Hashim said...

betul tuh lin..kalo dah sekali tag org bo layan..udah2 le tu..ini tak...hari2 ada je tag dia ..grrrr

Ms Haslina said...

mamalieyna ~ mmg legaaa da....mmg merimaskan sungguh diaorang tu...kt berFB utk tahu perkembangan kawan2..

amin amin..tq yea..

kak ina ~ mmg kak..x faham2 langsung..bg kaki nak peha...

El-Zaffril said...

Saya kalau orang tagged saya bisnes ke... atau bende mengarut.. saya delete je terus....

Mula2 kasi warning dulu... pastu kalau dah tak sedar diri gak... delete je

Ms Haslina said...

betul cadangan tu...leh buat nie..
kita ni tak nak berkasar lah kan..tp klu da lebih2 sgt...

amek kau kena delete...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails