Followers

Friday, June 18, 2010

Novel lagenda Melayu ke Layar Perak - re post


Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah yang mula diputarkan di pawagam tempatan di seluruh negara sejak semalam (3 Jun) itu menyaksikan gandingan Farid Kamil dan Lisa Surihani untuk ke sekian kalinya sebagai teraju utama filem berkenaan.
Dalam filem itu, Farid dan Lisa memegang watak sebagai Kasyah dan Ayu yang merupakan watak ikonik diminati ramai sejak 25 tahun lalu.
Bintang-bintang lain yang mewarnai filem tersebut ialah Que Haidar sebagai Azmi, Raja Farah (Suzana), Nur Fazura (Kate), Sheila Mambo (Mak Leha) dan pelakon baru, Shiqin Kamal yang memeran watak Emilia.


Gosh...sebenarnya aku tidak pernah langsung membaca pun novel lagenda ini. Dan tidak pernah tahu pun apa isi kandungan jalan ceritanya.
Juga rasanya tiada satu pun novel AA yang aku pernah baca. Dan sememangnya sebenarnya aku tidak menyukai novel melayu terutama novel berbaur cinta. Walaupun aku ini sebenarnya orang yang kalau bercinta..aduhai..memang jiwang habislah...hikhik.
Namun begitu bagi aku semua novel cinta sama sahaja. In the end itu itu juga kesudahan ceritanya. Juga lagi aku bukan pembaca novel tegar pun.
Dulu-dulu itu aku paling suka baca cerita seram BERCAKAP DENGAN JIN tulisan TAMAR JALIS. Dan apa sahaja cerita hantu..seperti BERKELAHI DENGAN SYAITAN dan BAJANG PELIHARAAN tulisan TOK AWANG NGAH. Memang itulah novel bacaan aku sebenarnya.
Ohhh..tetiba macam rindu dengan cerita-cerita seram itu.
Walhal aku ini seorang yang amat penakut masa kecik-kecik dulu. Tapi duk layan cerita hantu tak habis-habis.
Mana perginya buku-buku itu dulu ek?

Aku ambil gambar-gambar ini semua dari sumber internet sahaja.

Disebabkan kakak aku yang memang tekankan untuk membaca novel English. Hendak atau tidak aku layan novel seram Christopher Pike pada mula-mulanya. Ada juga lebih dari 10 buah kot novel-novel CP ini yang aku beli sendiri masa study di UTM dulu. Kebanyakkannya aku beli di bookstore di Singapore.
Setelah penat melayan novel remaja sahaja sebabnya novel CP memang mengenai kisah orang muda sahaja. Start cuti confaiment baru-baru ini aku layan novel orang dewasa pula. Macam best juga. So sekarang ini kalau ada masa..memang aku layan baca novel  Dreams Die First.
Novel-novel yang aku ada di rumah sekarang ini semuanyaaaaaaaaaa aku ambil dari rumah kakak aku. Dia dengan hubby dia memang fanatik novel. Segala-gala novel terkini dulu dan selamanya ada dirumahnya. Melambak-lambak.
Tapi itulah..yang English sahajalah.

Tapi walau apa pun rasanya aku perlu menonton filem LBS ini. Bukan kerana pelakonnya. Tapi kerana aku mahu menyokong filem tempatan.
Walaupun aku memang getis kalau tengok cerita cinta melayu nie.

Erm..entahlah...aku sempat tonton official trailer di you tube tadi.

5 comments:

Unknown said...

salam..akak dah tenguk dah..mula-mula best..tapi bila lisa dah tak ada ...dah tak best..tapi menangis jugaklah part yang akhir tu.

Ms Haslina said...

ooo..ye ke kak...kiranyer lisalah penghidup cerita LBS ni...tq for the info kak...

El-Zaffril said...

Movie tak best... suka baca novel dia...

Ms Haslina said...

dik zaf - ookies..masalahnyer akak mmg tak pernah baca dan tak sempat lagi tgk movienyer...tp rasanyer nak cuba layan novelnyer nanti...mungkin lebih feel....

Anonymous said...

Greate pieces. Keep posting such kind of information
on your site. Im really impressed by your site.

Hi there, You have performed a great job. I will definitely digg it and individually recommend to
my friends. I'm sure they will be benefited from this website.

Feel free to visit my blog ... Stretch mark Creams

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails