Followers

Monday, April 19, 2010

Memang bertuah orang yang duduk di KL tapi berkerja di luar KL seperti aku.

Harinya ialah Khamis, 15 April 2010 dan baru jam 7.30am. Lokasinya jalan MMR2 berdekatan dengan jalan keluar di rumah aku di Pandan Indah. Bayangkan keadaan jalan raya di waktu pagi ke arah KL dari Cheras. Kasihan..kan orang yang duduk diluar KL tapi bekerja mencari rezeki di KL. Memang patut bersimpati pun, lihatlah bagaimana hari-hari mereka memandu dalam keadaan yang sesak setiap pagi untuk pergi kerja. Tidakkah memenatkan....
Dan lihatlah betapa clearnya jalan aku untuk pergi kerja. Memang bertuah orang yang duduk di KL tapi berkerja di luar KL seperti aku. Selalunya memang begitulah jalan raya yang aku lalui setiap hari sekiranya aku keluar rumah sebelum jam 7.30am.

Kerana kesesakan mostly berlaku di Pandan Indah, pihak kerajaan baru-baru ini telah mengambil langkah untuk membuat jalan baru untuk keluar dan masuk ke Pandan Indah. Kalau di lihat dari jalan raya  memang project tersebut telah mula dijalankan sekarang ini. Bagi arah ke KL, project sedang berjalan di bawah flyover Pandan dan bagi arah keluar dari KL, project sedang berjalan selepas flyover dan sebelum tangki besar Pandan.


On the way aku pergi kerja baru-baru ini aku sempat serempak dengan keretapi. Yup, keretapi itulah. Keretapi ini sedang menuju kearah selatan. Aku memang suka tengok keretapi, sebab itu aku snap picturenya. Hatta cerita sebenarnya adalah semasa zaman dulu-dulu, kami sekeluarga memang biasa balik ke Singapore menaiki keretapi dari Tampin until Tanjung Pagar Singapore. Dulu-dulu mana ada bas dari Kuala Pilah ke kg emak aku itu. Abah pula memang sudah ada kereta masa itu. Tapi abah jarang ikut kami balik sebab kami selalunya duduk Singapore berlama-lamaan. Lagipun abah perlu bekerja dan sentiasa sibuk bekerja. Hatta lagi sebab emak masih memegang pasport merah so semestinya kena selalu ulang alik ke kgnya. Kerana itulah juga aku cakap aku ini sudah muak kesana. Dari aku masih baby baby lagi aku dan adik beradik yang lain sudah ada pasport sendiri hatta kerana perlu mengikut emak balik kg selalu. Itu memang satu kenangan indah yang sukar untuk dilupakan.
Memang aku sentiasa ada keinginan hendak naik keretapi lagi tapi belum ada rezeki lagi.


Layan pula picture hari Jumaat lepas. Aku keluar rumah dalam jam 7.13am, tapi lihatlah jalan MRR2 sudah jamming pagi-pagi buta. Dari arah Pandan Indah lagi aku sudah lihat kereta bersusun susun.Sebabnya satu sahaja, sebab biasa. Kereta terlalu banyak. Tapi tidak jauhlah juga jamming nya. Cuma sampai sebelum exit ke Cheras jalan sudah clear. Walau begitu melayannya aduhai bosan juga, pagi-pagi lagi sudah jem...kalau diikut-ikut boleh hilang mood hendak bekerja..kan.

4 comments:

maidatul said...

Alhamdulillah akma masuk opis awal dan balik awal so jalan pun clear jea...;)

Ms Haslina said...

itulah kan...alhamdulilah...

akak ni kira da awal da tu before 7.30am..tp itulahh kan..kereta da terlalu banyakk..

Mia Liana said...

Just to inform. You've been tagged by me!

Ms Haslina said...

ooo..tq mia..insyallah i will do it..

;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails