Followers

Sunday, April 25, 2010

Pemaisuri kecil Haifa Cassandra




Alhamdulilah pemaisuri kecil Haifa Cassandra semakin sihat membesar. 28 April depan nanti genap umurnya 3 bulan. Macam biasa Haifa kuat minum susu dan memang tidak banyak masalah pun. Walaupun Haifa kerap menyebabkan kami terpaksa tidur selewat 3am, tapi tidak mengapalah. Itu sudah menjadi kewajipan kami. Aku bersyukur kerana apabila Haifa dilahirkan, memang nampak rezeki kami sekeluarga bertambah..walaupun tidak banyak..tapi alhamdulilah. Juga walaupun kami kurang tidur, namun semua itu ada hikmahnya...kan.

Setakat ini Haifa memang sudah pandai diajak bermain...main lawan-lawan cakap. Macam-macam bunyi sudah keluar dari mulut Haifa....tapi dalam nada perlahan sahaja. Entah apa cakap Haifa, memang tidak fahamlah.  Tapi memang macam tengah berbual sahaja dibuatnya. Bila menangis pula, aduhai nyaring sungguh suaranya. Paling pandai lagi ialah tersenyum...meleret sahaja senyum anak dara ini.
Kalau di letakkan dalam posisi meniarap, memang kuat sudah leher Haifa tegak mengalihkan kepalanya kekiri dan kekanan. Masa Haziq dulu, dekat 2 bulan sudah pandai meniarap sendiri.
Waktu mandi pula, kakinya memang kuat menendang-nendang. Lagipun memang dari dalam perut lagi Haifa sudah training tendang-tendang ini.

Syukur alhamdulilah dengan kurnian Allah..amin



8 comments:

amy alisya said...

COMEYNYER....setiap anak ader rezeki yang diberikan oleh NYAkan kak...

maidatul said...

Bulatnya dia... c",)

Ms Haslina said...

amy alisya ~ betul tu dik amy..alhamdulilah syukur benar benar pada Allah..

akma ~ hikhik..a'ah tu

Mr mama said...

lovely princess... :)

jfook said...

Sooo cute...

Ina Hashim said...

bolatsnya mata dia...haifa nih iras papa dia...haziq cam mama
^_^

hazaryu said...

bulatnye mata dia...salam singgah sini..

:)

Ms Haslina said...

mr mama ~ comel Haifa Cassandra

jfook ~ hehehe..tq.

kak ina ~ yea kea..itu lah mcm da x tahu fikir da Haifa ni ikut muka saper..

hazaryu ~ mmg pun sicomel tu..terima kasihh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails