Followers

Friday, April 16, 2010

Perasaan ke tidak pipi aku sudah kurang tembam.

Pagi ini aku awal lagi. Seperti biasa. Thumb print jam 7.53am. Sudah-sudah sebab aku bangun jam 5am sebab sudah terlebih tidur...bagi akulah. Malam tadi aku tidur dalam jam 11pm...awal itu.

Aircond dioffice masih tidak sejuk lagi aka rosaklah. Hendak buat kerja pun rasa macam tiada mood.

Diatas ialah picture aku pada pagi tadi. Perasaan ke tidak pipi aku sudah kurang tembam. Alhamdulilah..berkat apa yang aku buat since aku masuk kerja selepas berpantang. Tiada rahsia pun untuk dikongsi. Aku cuma kurangkan tidur walaupun aku mengantuk gitu. Sebab kalau aku asyik layan tidur sahaja...comfirm pipi aku jadi kuih pau macam dulu-dulu. Aku ini memang mudah naik dibahagian pipi itu. Juga sekarang ini aku memang kurangkan makan minum makanan minuman manis-manis. Contohnya, aku cuma minum air kosong, milo kosong + susu tepung..erm itu sahajalah minuman aku sekarang. Minuman lain memang jarangggggggg aku minum. Waktu breakfast di office aku cuma minum air limau suam atau panas dengan gula yang tidak di kacau oleh sudu pun. Sekali sekala ada juga aku minum minuman bergas itu...tapi sikit sahajalah.

Dari segi makanan...memang breakfast mee hoon goreng dan sedikit nasi goreng. Kalau hari cuti pun aku goreng mee hoon juga untuk breakfast. Tapi itulah, aku bukan sudah kurus sangat pun. Aku masih cik bulat lagi. Cuma aku hendak ubah cara makan dalam usaha aku untuk menurunkan berat badan aku ini. Lunch pula memang aku tidak makan langsung. Entahlah setakat hari ini..alhamdulilah tiada pula sakit perut sebab lapar. Aku cuma gantikan minum milo kosong + susu tepung dan makan roti kosong 2 keping ditambah dengan biskut low salt hi-fibre Jacob. Memang murah tapi rasa memang tawar tidak sedap..tapi demi untuk berubah...layan sahaja. Malam pula aku makan nasi + lauk ayam + sayur, tapi cuba untuk makan dengan kuantiti yang tidak banyak. Dan juga makan sebelum jam 8pm.
Part berat badan memang tidak pasti ada perubahan atau tidak. Hatta anak sudah dua dan juga aku ini memang jenis cepat naik berat badan dan payah pula hendak turun. So pelan-pelan lah. But i still love part muka aku yang sedikit-sedikit sudah berubah. I'm happy.

Sila-sila melihat bracelet warna coklat aku itu. Alhamdulilah bracelet aku sudah mencecah 9 utas. Ini pun sudah 3 malam rasanya aku berehat tanpa membuat apa-apa. Barang tengah kurang. Insyallah malam ini hendak sambung membuat ring untuk manik color hitam, coklat, purple dan green. Wah sungguh tidak sabar. Nampak tidak charm kecil untuk bracelet aku itu. Itu pun aku buat sendiri menggunakan manik sahaja. Gelang charm itu sebesar bulatan untuk ring....comel sangat. Still opening untuk order pada sesiapa yang berminat. Harga dalam RM13 - RM 15 sahaja.
Coklat-coklat kecil itu ole-ole dari ex boss aku. Dia kata anak dia baru balik dari Langkawi. Thank you Puan.

2 comments:

sonata anak kancil said...

saya ni lain fesen pulak.....lepas settle keje saya akan makan! rasa susah hati pun saya akan makan! jadi orang tatau saya susah hati @ senang hati....makan aje....best makan...tapi makan - makan pun kawal lah jugak.......berat badan sudah naik loooo...........mintak2 sihat aje le

Ms Haslina said...

sebelum ini mmg gitu gak saya...makan dan makan..samalah kita..tp masalahnyer berat bdn mudah naik...bila da balik dr berpantang ank ke2 br2 nie dan tgk bdn duk gitu jea..soooo nak x nak kena ubah cr pemakanan...

syokkk Sonata yea..bdn maintain shj...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails