Followers

Wednesday, April 7, 2010

Sudah tahap muak aku hendak kesana.

Pagi semalam aku masuk department meeting dari 10am until 12pm. Agenda mengenai bridge competition yang akan diadakan di National University of Singapore pada 31 May until 5 June 2010. Pertandingan ini bukan untuk aku, tetapi untuk students civil engineering. Entahlah tahun ini, terutama selepas bersalin ini aku macam sedikit rajin. Kira rajin dari dulu-dulu lah. Aku sendiri minta untuk menjadi committee member untuk competition itu dari boss aku. Sudah 2 kali student civil disini memasuki bridge competition ini iaitu di China pada tahun lalu lalu dan di UTM JB dalam tahun lepasi. Walaupun bukan tempat pertama yang dimenangi tapi bukan juga tempat terakhir yang dikalahi.

Setelah habis meeting tadi aku rasa macam seronok pula hendak pergi sekali ke Singapore nanti. Sebab lagipun pada tahun 2012, tempat aku bekerja akan menjadi tuan rumah untuk pertandingan yang sama nanti. Oleh itu my dean memang push everybody in civil department to join the committee team. Suka atau tidak kena buat kerja juga..kena belajar apa yang NUS buat untuk pertandingan ini.

Sebenarnya aku join pun hanya untuk menimba pengalaman. Part yang pergi Singapore itu, memang aku menolak. Aku tidak sanggup meningga pemaisuri kecik Haifa lama-lama. Aku tidak boleh...aku tidak boleh berpisah lama dengan family aku itu. Lagipun takat Singapore itu, tidak terkilan pun kalau tidak dipilih sebagai lecturer pengiring, sebab nya itu kg emak den. Sudah tahap muak aku hendak kesana. Memang aku muak pun. Pergi sana sekarang-sekarang ini pun hanya dengan niat ikhlas melawat semua keluarga tersayang sahaja. Keluarga emak memang tidak habis untuk melawat mereka walaupun bercuti berhari-hari...ramai itu.
Selain dari itu aku tiada agenda untuk kesana.
I'm done with Singapore.

Tapi kali ini, aku teringin hendak pergi pula selepas aku melihat video hari-hari semasa students pergi menghadiri bridge competition di China. Video itu sungguh membuat aku teruja. Memang emak sudah beri greenlight untuk aku membawa sekali anak-anak aku di Singapore semasa sekiranya aku kesana. Emak akan menjaga Haifa dan Haziq. Aku tahu bukan takat emak seorang yang akan menjaga mereka. Ramai makcik-makcik, cousins aku yang lain boleh menjaga sekali. Tapi entahlah..aku tidak boleh membuat keputusan.
Aku memang 'kalah' dengan anak-anak.

3 comments:

Eliss said...

syoknya jugak kerja sambil makan angin :)

mamaarifakeemaisy said...

nak komen n3 kt ats tu, tak kuar pulak ruang komennya..mcm n3 sblm2 ni..nape ye?..huhu..

aduhai...dah jd isteri orang lg mau seksi...aduuuhai..!

Ms Haslina said...

eliss ~ syok mmg mesti syoknyer..tp diri sendiri belum pasti nak pergi atau tidak..

mamalieyna ~ mmg saya saja wat komen off..saja jea..
;))

itulah pasal...masih tidak boleh dipisahkan seksi dgn artis wlupun da jadi nenek sekalipun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails