Followers

Saturday, April 3, 2010

Tilam dan bantal.


Barang-barang Haifa. Tilam ini aku beli masa Haziq belum lahir lagi. Tapi memang jarang guna langsung. Masa itu memang banyak guna baby cot sahaja. Sekarang ini kalau letak Haifa sesama depan tv di ruang tamu memang bagi dia baring ditilam itu. Juga kalau masa hendak tukar lampin. Paling selalu guna ialah lepas mandi. Memang pakaikan baju Haifa disitu. Akhirnya ada juga gunanya tilam ini. Tidaklah membazir membelinya.

Bantal comel itu emak yang jahitkan khas untuk Haifa..comelkan. Terima kasih emak. Ada 3 biji semuanya. Satu saja aku tinggalkan dikg. buat pengubat rindu emak dan abah pada Haifa. Special nya, bantal ini ialah bantal yang diisi kekabu...memang kembut. Emak kata dia memang hendak jahitkan bantal lagi untuk Haifa dan juga Haziq. Bantal saiz untuk budak-budak. Lagipun memang banyak lagi isi kekabu dirumah kg aku tengok hari itu. Tapi emak kata kalau emak larat lah.

 Sila lihat bulu mata Haziq yang panjang dan melentik. Aku harap juga nanti nanti lagi bulu mata Haifa pun jadi begitu..amin

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

bantal kekabu mmg selesa dan lembut..cam ayep pun, tok kedah buatkan 2 biji..siap sarung bantal skali tok kedah buat! ^_^

haifa nnti panjg la bulu mata nya tu..hehe..

Ms Haslina said...

untungkan budak2 ni...ada atuk@uwan buatkan bantal isi kekabu...

part bulu mata...amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails